Nuffnang Ads

Wednesday, January 26, 2011

Jangan buang sampah itu duit !

Orang kita bila tengok aje sampah, mula rasa mual, loya, jijik.
Tapi bagi sesetengah golongan pula, sampah itu adalah sesuatu yang amat istimewa.
Dengan sampah itulah mata pencarian mereka.
Percayakah anda jika penulis katakan bahawa pemungut sampah itu sebenarnya lebih berduit dari seorang pekerja yang berpakaian kemeja kemas lengkap bertali leher?
Itulah realiti.
RM80 sehari adalah nilai gaji minima seorang pemungut sampah yang rajin.

Bila dibandingkan seorang pekerja berpakaian kemas dengan seorang pemungut yang berpakaian lusuh,koyak rabak dan busuk, penulis teringat kata-kata seorang pakcik kepada penulis beberapa tahun lepas.

"dik, kau kerjalah rajin-rajin. Biarlah luaran kita selekeh yang penting dompet kita penuh. Biarlah orang pandang kita sebelah mata yang penting akaun bank kita penuh,"

Pakaian kemas atau busuk bukan isunya.
Rajin atau Malas adalah persoalannya.
Sampai bila kita nak menyokong kenyataan ini "melayu pemalas" ?

No comments:

Post a Comment