Pages

Thursday, April 18, 2013

C.O.M.L - Chapter 002 - Kereta Sports, Lumba Lari dan Tebuan

Chapter 002

Masih lagi sekitar tahun 1995.
Aku di usia 6tahun...

Setiap petang aku bersama sahabat karib, Samsul namanye, muka bulat bermata sepet.

Kitorang ada keta sports. Tak caye? Heh.

Ya, keta sports. Yang kayuh-kayuh tu, hehehe.
Aku punya kaler oren, Samsul kaler putih.

Gambar hiasan


Macam biasa, kebanyakkan race, aku yang menang. Hahahaha

Trek paling mencabar, dari depan umah aku sampai umah pakcik Kama, Kamarudin nama sebenar.
Sebab trek tu turun bukit, mencabar dari segi ketahanan brek dan kawalan stereng. Hohohoho.

Biasanya, masa pakai trek tu, kaki aku melunjur ke depan, di bahagian bonet depan, bukan di pengayuh, kira tak pakai brek la, berlagak katanye... Hehehe

Dan kitorang juga ada basikal. Tapi tak suka sangat men basikal, sebab sama aje dgn bdk2 lain, Ain, Soleh, Mamat, Lan, Ewan. Hahaha.

Atas kanan, aku bergaya bersama bike... hehehe


Ada setengah drp dowang pun ada keta sports tp tetap taleh lawan aku ngan Samsul. Lalalala

Borink men keta, kitorang men lumba lari lak. Trek sama cuma tak termasuk trek pakcik Kama. Biasanya dari umah aku sampai umah Lan, jauhnye kira-kira 100meter.

Selang dua buah umah dari umah Lan, kedai pakcik Aziz. Mana2 pelumba yg tak larat ke garisan finishing, singgah kedai pakcik Aziz beli eskrem patah (pop).

 Hide and seek
Men sorok-sorok

Aku paling suka menyorok dalam reban ayam, dowang susa nak jumpa punya. Lalalala.
Bila cerita pasal permainan masa petang, peristiwa paling menyayat hati masa tgh men sorok-sorok tu, aku p masuk smpai kebun belakang umah Samsul.

Tgh syok2 menyorok, aku diserang tebuan !!!



Kumpulan tebuan tu menyerang aku tanpa belas kasihan walaupun aku dah berlari-lari bersama kawan-kawan lain, Samsul, Ain, Soleh...



Aku lari paling laju kot, no 1, tapi aku yang kena serang paling teruk, sampai muka aku bulat mengalahkan muka Samsul.



Aku berehat kat umah selama 3 hari sejak insiden itu.
Selepas 3 hari, macam biasalah, sambung bermain dgn permainan yg mencabar...
Maen, maen dan maen setiap petang...

Ok da Magrib...
Nak mengaji lak.
Bonda pon sudah jerit-jerit, ADIKKKK! BALIK! Kata beliau...



Bersambung...

17 April 2013. Restoran NZ Curry House, Wangsa Maju. 1.46pm 

Chapter 001

Wednesday, April 17, 2013

C.O.M.L - Chapter 001 - Tadika

Baik, seperti apa yang aku cakap sebelum ni, aku nk menulis,
selepas disaran Tun Mahathir.
'Setiap manusia perlu menulis untuk generasi akan datang' 

Chapter 001 

Nama aku Alif bin Mustapha.
Abah, aku panggil Aboh, nama dia Mustapha bin Isa
Bondaku Siti Zaharah Hj Yaakub.
Aku dilahirkan di Hospital Mentakab, Pahang.

Keluar dari perut bonda secara rasmi pada 1 Feb 1988, jam 4.01pm.
Satu-satunya anak yang keluar ikot tingkap, so tu pasal aku yang paling cute di antara 6 beradik. Hehehehe.

Aku anak bongsu tetapi tadelah manja sangat, hihihi.

Abang dan kakakku : 

Along, Mizy
Ngah, Azha
De, Zymi
Teh, Musa
Intan, Aini

Aku dilahirkan dari keluarga peneroka.
Rutin harian aku masa kecik-kecik adalah di kebun getah.
Aku tak suka menoreh tetapi aku suka 'mengutip' getah buku, siap sedia untuk dijual, dapat duit. Hohohoho

Mula kenal Alif Ba Ta dari bonda di rumah.
Setiap hari pas Magrib, bonda ajar mengaji.
Mula kenal ABC 123 kat Tadika Felda Jenderak Utara, tahun 1995.
Betullah Tadika sebut dia, dulu Tadika. Sekarang ni baru ditukar kepada Tabika. Haish.

Atas kanan, bersama sahabat baik, Ahmad Safri aka Mamat, @ Zoo Negara


Dulu kita pakai baju kotak kaler merah sebagai uniform, lagi lawa dari kaler biru skg ni, blueek...
Macam kanak-kanak lain, seronok masa zaman riang ria. Begitu juga dgn aku. Masa tadika ni cekgu pebret aku, cekgu Hamidah nama dia. Lawa, puteh melepak macam orang Jepon. Dia baik dgn aku, sbb aku cute kot. Hahaha. Cekgu lain, cekgu Ani tp dia ni garang sket.

Rutin harian di tadika, Tunggu kat tepi tangga, 7am.
Beratur dan nyanyian lagu Negaraku, 8am.
Pastu gosok gigi ramai-ramai, dan seterusnya sarapan pagi.
Biasa makan roti n aku paling suka air milo dia. Rasa dia lain la weh. Rindu air milo tadika...
Dan seterusnya, belaja ABC 123 laa... Pastu sesi bermain, aku suka main Lego aje, buat robot dengan keta.

 

Kat tadika benda yang paling aku tak boleh lupa? 

Kena marah dgn Aboh dari kul 12tghari smpai petang.
Sebab kantoi aku meniaga kt tadika tu.
Meniaga pun salah? Haish...

Aku jual daun terup yang gambar kartun tu, ada Ultraman, Power Rangers, tula sebab dia, adoi.
Habis semua duit hasil perniagaan aku tu kena pulangkan balik kt customer, kawan-kawan aku.





Okay, selesai untuk cerita di Tadika.

Bersambung...

pix :
1, Kat Cherating, rombongan Sekolah Agama, Darjah 3
2, Rombongan Tadika @ Zoo Negara tengok monyet ;)
3, Kat opis De, belaja cara-cara jual Insurans :p
4, Sama description dengan pix 1

16 April 2013, Restoran Ketumbar Danau Kota, 10.09pm

Sunday, April 14, 2013

Saranan Tun Mahathir kepada aku...

Pergh!
Lama giler tak update blog neh...

sebok dengan urusan kije harian...
tapi sejak aku cover mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed aritu, dalam bulan 2-3 ritu,
Tun M cakap, "setiap manusia perlu menulis, untuk tatapan generasi akan datang."



Lepas aje dari tu, aku mula bersemangat nak menulis, pasal diri aku lah, takkan pasal kau pulak... hehe
Tapi tula, sebok sket, skg nila baru ada masa sket, walaupon PRU13 da maken dekat, maken bz lah weh pasni.

tapi takpe, aku cuba juga untuk menulis.
atleast apa aku mencarut kat sini, dapat jugak release tension, ya dak...
daripada update status kt fb, bbm, we chat and so on...
muahahaha....

hurm aku nak mulakan story aku, pasal diri aku? ada ke yang best? cam borink aje...
oh tidak! my life is greatest life! opcoz hidup aku bermakna...

hurm...
ni kira artikel untuk mukadimah ajelah...
pasni baru aku memulakan karya aku, di sini, blogger...

' Chapter of My Life '