Nuffnang Ads

Thursday, April 18, 2013

C.O.M.L - Chapter 002 - Kereta Sports, Lumba Lari dan Tebuan

Chapter 002

Masih lagi sekitar tahun 1995.
Aku di usia 6tahun...

Setiap petang aku bersama sahabat karib, Samsul namanye, muka bulat bermata sepet.

Kitorang ada keta sports. Tak caye? Heh.

Ya, keta sports. Yang kayuh-kayuh tu, hehehe.
Aku punya kaler oren, Samsul kaler putih.

Gambar hiasan


Macam biasa, kebanyakkan race, aku yang menang. Hahahaha

Trek paling mencabar, dari depan umah aku sampai umah pakcik Kama, Kamarudin nama sebenar.
Sebab trek tu turun bukit, mencabar dari segi ketahanan brek dan kawalan stereng. Hohohoho.

Biasanya, masa pakai trek tu, kaki aku melunjur ke depan, di bahagian bonet depan, bukan di pengayuh, kira tak pakai brek la, berlagak katanye... Hehehe

Dan kitorang juga ada basikal. Tapi tak suka sangat men basikal, sebab sama aje dgn bdk2 lain, Ain, Soleh, Mamat, Lan, Ewan. Hahaha.

Atas kanan, aku bergaya bersama bike... hehehe


Ada setengah drp dowang pun ada keta sports tp tetap taleh lawan aku ngan Samsul. Lalalala

Borink men keta, kitorang men lumba lari lak. Trek sama cuma tak termasuk trek pakcik Kama. Biasanya dari umah aku sampai umah Lan, jauhnye kira-kira 100meter.

Selang dua buah umah dari umah Lan, kedai pakcik Aziz. Mana2 pelumba yg tak larat ke garisan finishing, singgah kedai pakcik Aziz beli eskrem patah (pop).

 Hide and seek
Men sorok-sorok

Aku paling suka menyorok dalam reban ayam, dowang susa nak jumpa punya. Lalalala.
Bila cerita pasal permainan masa petang, peristiwa paling menyayat hati masa tgh men sorok-sorok tu, aku p masuk smpai kebun belakang umah Samsul.

Tgh syok2 menyorok, aku diserang tebuan !!!



Kumpulan tebuan tu menyerang aku tanpa belas kasihan walaupun aku dah berlari-lari bersama kawan-kawan lain, Samsul, Ain, Soleh...



Aku lari paling laju kot, no 1, tapi aku yang kena serang paling teruk, sampai muka aku bulat mengalahkan muka Samsul.



Aku berehat kat umah selama 3 hari sejak insiden itu.
Selepas 3 hari, macam biasalah, sambung bermain dgn permainan yg mencabar...
Maen, maen dan maen setiap petang...

Ok da Magrib...
Nak mengaji lak.
Bonda pon sudah jerit-jerit, ADIKKKK! BALIK! Kata beliau...



Bersambung...

17 April 2013. Restoran NZ Curry House, Wangsa Maju. 1.46pm 

Chapter 001

1 comment:

  1. wowww...da semakin rajin update belog..igt nak bagi bersawang smp tua...hikhik...

    ReplyDelete