Pages

Sunday, December 15, 2013

C.O.M.L - Chapter 008 - Pengalaman Kerja

Salah satu syarikat aku...

Sebelum tu, Life Ink ini aku wat design...
Sampel Kad Jemputan Kahwin

Sampel Busines Card

Sampel Flyers


Daripada jd runner kt pjbt De, kepada Telesale di pjbt Angah. Pastu berniaga Dim Sum dan Pau. Kemudian jaga restoran Angah, longkai sebagai Callman, dan kini menjadi photographer di sebuah syarikat production...



Daripada menjadi photographer, aku mula belajar menjadi seorang journalist. dan kini jadilah aku sebagai seorang photojournalist... Setakat ini pengalaman paling bermakna buat aku sbg photojournalist ialah, ketika di Gaza, bumi Palestine.

Egypt

Egypt
Tanah Egypt, sempadan Gaza

Sudah pijak bumi Palestin

Jurupandu kami...

Menteri Penerangan...

Belakang itu bangunan yang musnah dibom rejim Zionis


C.O.M.L - Chapter 007 - Longkai


Sebagai seorang callman, kije aku adalah longkai... ya, baru-baru ni ada kua filem Longkai... tula kije aku... tolong orang yg mengalami kereta eksiden dan buatkan claim insurans... tp dalam cite Longkai tu aku tak pernah buat kije jahat mcm tabur paku atau minyak pelincir...

salah tu, dan workshop aku tak pernah ajar buat benda2 mcm tu...

first kes yg aku dpt sbg seorng callman ni, sebijik lori 3tan yg membawa ayam, terbalik di lebuhraya Mahameru, kira-kira jam 3am... driver dia cedera sket aje tp apa yg best, kitorang sibuk menangkap ayam yg terlepas atas highway tu... hohoho...


Antara kereta-kereta yang ditimpa kemalangan....










Kija callman ni juga byk cabaran dan dugaannya... dan ketika ini aku masih seorang callman...





Malang tidak berbau....
Save nombor aku, jika perlukan bantuan....
24jam....

019 3181238
012 3614567

Friday, December 13, 2013

C.O.M.L - Chapter 006 - Berniaga

Aku berniaga Dim Sum, makanan tradisi masyarakat Cina, tapi Dim Sum yang aku jual ini adalah kategori halal.
Heong Sai

Mushroom

Prawn

Sea Weed

Siew Mai

Spinach
Blackpepper
Dim Sum dan Pau, makanan frozen ni aku amik dari Ipoh, di Gunung Rapat. Seminggu sekali, lori akan masuk ke KL untuk dihantar ke restoran-restoran dan hotel-hotel. Biasanya aku akan pickup bahan mentah ni selepas pada tol Gombak, berkotak-kotak, penuh sendat la kereta kancil abangku, Azha.

Barang2 frozen ni kemudiannya aku simpan dalam peti ais yang besar di restoran Angah di Kg Baru. Nak letak dalam peti ais dalam umah x muat ler... Menjelang petang pada 5-6pm, aku sudah mula memasang stall di hadapan sebuah kedai mamak di Danau Kota, A Malek Kuning. Dengan kadar sewa tapak RM10 sehari, aku juga memanggil sahabat sekolej, Fadil untuk turut membantu aku berniaga hingga lewat malam dan kalo time ada game bola, 3-4am la kitorang kt stall tu...

Selain Fadil, sahabat bernama Naim juga pernah bersama sama aku berniaga. Kat sini aku dapat timba pengalaman berniaga yg sgt bernilai. thanks to Angah, Azha yang byk beri tunjuk ajar...

Dan kenangan paling best masa berniaga yang aku taleh lupa, stall kena rampas dengan DBKL. Biasalah, ikut sangat dengan undang2, KONONNYA, padahal stall aku tu bukannya tengah2 jalan, atau halang lalulintas pun, namapun DBKL, kadang2 depa ni yang orang atas ni, taleh tengok orang senang sket, ada je point dia... Mentang2 la berkuasa... Orang lain berniaga boleh jek... Sampai skg aku simpan...

Dan smpai skg juga aku fikir apala perasaan org susa yg berniaga tepi2 jalan tu, yg selalu kena saman dan kena sita peralatan berniaga dowang... dowang cari rezeki je kot, bukan merompak mencuri pun... yg ni kalo ada org anjur demonstrasi ke jalanraya, sure aku join!

Selepas pada tu, bila final exam da dekat, aku stop berniaga. Sampai sekarang aku da x berniaga da kt situ... Coz lepas final exam tu, aku bukak stall kt kedai Angah kt Jalan Genting Klang, Restoran Rodong-Rodong, sebelum ini Natrabu Minang Restaurant di Kg Baru.

Pastu baru berpindah ke Jalan Genting Kelang, Setapak...




Antara foto-foto yang sempat dirakam semasa hari pembukaan...
pun DBKL kaco gak!!! dia ni memang taleh tengok orang senang! 2-3 kali kena saman... alasan dia letak kerusi meja atas kakilima... padahal selang dua tiga baris dr kedai tu workshop rilek je siap taruk simen untuk senang kereta keluar masuk... namapun DBKL, bkn nk tuduh, tp benda ni aku alami sendiri... Najib sibuk nak banteras rasuah, tp agensi2 mcm DBKL nila yang buat taik! puii!!! aku pun ada kawan yg kerja DBKL, apa yg aku maksudkan, tu bos bos yang duk kat atas tu... sudahla, stop cite psl DBKL ni wat sakit hati jek...

Kt restoran Rodong-Rodong ni aku tolong angah jaga kedai dia... kat sini aku dpt belajar jaga cashier, buat air, amik order dan cuci pinggan... dan aku rindu nk buat semua tu... tp sayang, kita da tak berniaga da...






Air ni aku yang buat ok...
dan sebelum tu, dlm pada jaga kedai, aku juga buat kerja callman... jalan genting kelang aku pegang! hahaha. malam-malam aku longkai... bantu orang yang memerlukan bantuan...


Kisah aku sebagai callman........