Pages

Monday, April 14, 2014

Apa cita-cita kau...

Tiba-tiba...

Sebuah van usang dengan deruman enjin seperti bot nelayan berhenti dihadapanku...

Sekumpulan anak kecil lingkungan umur 10tahun hingga 17tahun berduyun-duyun keluar daripada perut kenderaan berwarna putih itu...

Sambil menggalas beg, mereka melangkah dengan laju, ada juga yang kelihatan berlari-lari anak menuju ke pintu masuk di sebuah bangunan...

Setelah di amati, aku melihat kepada papan tanda di bangunan tersebut, tertera tulisan 'Pusat Tusyen'...

Maka jelaslah kumpulan anak kecil itu tadi terdiri daripada pelajar sekolah. Bersungguh-sungguh mereka mengejar ilmu. Sudah pasti tersemat impian dan cita-cita di jiwa mereka...

Mungkin kita juga pernah lalui perjalanan ini. Persoalannya, apakah kita sudah mencapai matlamat dan cita-cita yang pernah kita idamkan suatu ketika dahulu?

Setiap insan punya cita-cita dan impian...

Sent from my iPhone