Nuffnang Ads

Friday, July 11, 2014

AKU RINDU GAZA BUMI PALESTIN


Pada hujung Jan 2013 aku berkesempatan menjejakkan kaki dibumi Palestin, menggalas tugasan kerja yang diberi oleh boss aku di portal berita KLPOS.COM (kini RakyatNews).

Aku ada keluarkan sedikit stori pasal pengalaman aku di Palestin sebelum ini. 


Namun posting aku kali ini adalah kerana menebalnya perasaan rindu pada negara yang ditindas oleh regim zionis itu, apatah lagi ketika ini mereka sedang diserang tanpa belas kasihan! di bulan Ramadhan!

Mohamad, nama salah seorang kenalan di Gaza, seorang anak muda yang juga merupakan jurubahasa aku dan rombongan ketika berada di sana. Setiap kali berita dikaca televisyen atau rakan-rakan Facebook membuat posting mengenai 'Gaza Diserang', fikiranku terus melayang teringatkan Mohamad.

Bergambar bersama Mohamad

Apa nasibnya di sana? Bagaimana situasinya di sana? Fikiranku terus menghala ke timur, sesekali ke barat, selatan dan utara. Dan aku mula termenung...

Selain Mohamad, aku juga terbayangkan wajah pemandu dan pengawal kami, seorang lelaki kurus berwajah sedikit tua tetapi tidak pernah lekang dengan senyuman.


Begitu juga dengan seorang pegawai kerajaan, Ihab R. Al Ghusain yang berjawatan Menteri Penerangan yang aku temui. Raut wajahnya yang tenang bermain-main di fikiranku.


Aku ada terlihat dan terbaca tulisan / gambar yang dimuatnaik ke Facebook mengenai respon penduduk Palestin, kenapa mereka tidak tinggalkan Palestin dan lari daripada regim zionis. Ya, apa yang diberitahu itu memang benar sekali. Aku pernah bertanyakan soalan sama kepada Mohamad dan jawapan sama aku terima!


Masih terngiang-ngiang di cuping telingaku antaranya, "This is my country, im never walking out from Palestine. I need to stay here. I hope u come here again, our hands always open for u," kata Mohamad sebelum aku melangkah keluar dari Palestin.

Syahdu, apatah lagi Mohamad menjawab pertanyaan itu sambil muka tersenyum dan tenang.

Mohamad, anda dan rakyat Palestin begitu kuat menghadapi dugaan ini. Aku pasti berada bersama kalian jika ada kesempatan. Aku di sini hanya mampu berdoa untuk kalian agar dapat memperoleh kemenangan di bumi sendiri.


Tulisan ini tidak mungkin dibaca oleh kamu Mohamad tetapi percayalah doa rakyat Malaysia dan seluruh dunia tidak putus daripada mengiringimu dan rakyat Palestin! Allahuakbar!

#doauntukgaza #doauntukpalestin #prayforgaza #prayforpalestine #freegaza #freepalestine














*Saksikan video di bawah. Video / Edited by Alif Mustapha

No comments:

Post a Comment