Nuffnang Ads

Saturday, December 27, 2014

Honeymoon dalam banjir



Negara ditimpa bencana banjir yang teruk, terutamanya di Pantai Timur...
Pada masa ni aku dan isteri baru sahaja menyempurnakan majlis perkahwinan di kampungku...
Bergelap, terputus bekalan air dan bekalan makanan yang terhad.


Syukur Alhamdulillah aku, isteri dan bonda mampu mengharunginya... walaupun ada kisah yang perit, tak perlu untuk aku kongsi di ruangan ini... biarlah ia tersimpan dalam coretan kisah aku dan isteri...

Kat bawah ni beberapa gambar yang sempat aku rakam, ketika perjalanan keluar dari kampung... pada masa ni, kitorang tak dapat berhubung dengan luar, telefon, elektrik dan air sudah terputus.

Kitorang ambil masa lebih 12 jam, untuk sampai ke KL... semua kenderaan kitorang naik, bot, kereta, lori dan 4x4. Sampai saja di KL, aku upload gambar2 ni kat group facebook dan whatsapp kampung. Sedikit sebanyak dapat legakan hati anak-anak perantau yang risaukan keluarga masing-masing. Dalam masa sama aku bangga dapat bantu anak-anak perantau sedikit panduan untuk dowang balik ke kampung pada masa tu...

Imbau kembali... aku dan isteri honeymoon dalam banjir...

































































































No comments:

Post a Comment